Tips Menghafal al-Quran

Standard

1. Niat kerana ALLAH.

2. Istighfar – Dosa penghalang utama hafal Quran.

3. Doa – Mohon bantuan ALLAH.

4. 0% Maksiat – Jaga perbuatan, lisan dan hati. related: https://ingatdakwah.wordpress.com/2015/10/17/kesan-kesan-maksiat/

5. Naskah Quran – Gunakan naskah yang sama bagi elak keliru kedudukan dan susunan ayat.

6. Resm Uthmani – Tanda baca yang seragam dan mudah diingati, dapat mengelakkan daripada kesalahan tajwid.

7. Kelancaran – Pastikan lancar bacaan sebelum mula hafal.

8. Waktu – Waktu sesuai untuk menghafal & muroja’ah (sentiasa mengulang-ulang bacaannya & memperbaiki bacaannya).

9. Tertib – selepas lancar ayat pertama baru pindah seterusnya.

10. Tajwid – ulang baca banyak kali dengan tajwid yang lebih tepat.

11. Makanan – Makanan manisan seperti madu, kurma kuatkan ingatan.

12. Naqib/Fasi – semak kelancaran & tajwid.

13. Amalan – Jadikan ayat yang dihafal bacaan dalam solat, sentiasa istiqamah kerana apabila kita meninggalkan al-Quran maka al-Quran akan meninggalkan kita.

14. Zikir/Nasyid – jadikan ayat yang dihafal zikir pada masa lapang, juga dengar bacaan daripada qari-qari terkenal.

Riwayat bukhari

Advertisements

10 CIRI YANG HARUS ADA PADA PERIBADI MUSLIM

Standard

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada kedua-duanya ada yang baik. Dan orang mukmin yang kuat, bercahaya pada hati dengan nur yakin.”

Sabda Nabi Muhammad SAW ini menyuntik semangat agar umat Islam membina kekuatan, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Para ulama telah menggariskan ciri-ciri yang harus ada dalam peribadi Muslim agar mereka dapat menjadi Muslim yang kuat. Antaranya:

  • Mempunyai AKIDAH yang bersih
  • Beramal dengan IBADAH yang benar
  • Memiliki AKHLAK yang baik
  • Kekuatan JASMANI
  • Mempunyai daya INTELEK dalam berfikir
  • Sentiasa berjuang MELAWAN HAWA NAFSU
  • Pandai MENGURUS WAKTU
  • Bijak membuat PERANCANGAN dalam sesuatu urusan
  • Mampu BERUSAHA sendiri
  • BERMANFAAT bagi orang lain

 

Sumber : 101 SHORT-CUT KE SYURGA oleh UTUSAN KARYA SDN. BHD

Quotes

Golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat

Standard

Terdapat 7 golongan yang akan menjadi VIP Allah di akhirat kelak. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka.

  1. Imam / Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
  3. Orang yang hatinya tergantung pada masjid
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Bertemu dan berpisah kerana Allah
  5. Orang lelaki yang diinginkan wanita dan mengajaknya untuk membuat maksiat lalu berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah
  6. Memberi sedekah yang menyembunyikan.
  7. Orang yang mengingati Allah dalam keadaan sunyi, kemudian mengalir air mata dari kedua-dua matanya.

Dialog antara Allah dengan hamba-Nya (Surah Al-Fatihah)

Standard

MEMBACA al-Fatihah adalah satu daripada rukun-rukun solat. Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku bahagikan solat antaraKu dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya…”

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

 Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik : Hamba-Ku telah memuji-Ku

Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan. 

Khalik : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik : Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba : (Iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan)  mereka yang sesat.

Khalik : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM, AL-TARMIZI DAN NASA’I)

SOLAT

Sumber : Majalah Solusi

Ganjaran berwuduk serta niat

Standard

RASULULLAH SAW bersabda : “Barangsiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya.” (HR Muslim)

Ketika berkumur:

Berniatlah, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.” Penjelasannya, setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan, semoga kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.

Ketika membasuh tangan kiri:

Berniatlah, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kiriku ini.” Penjelasannya, ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

Ketika membasuh kaki kanan:

Berniatlah, Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim.” Penjelasannya, ahli syurga melintasi titian Sirat dengan pantas sekali.

Ketika membasuh muka:

Berniatlah, “Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.” penjelasannya, ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

Ketika membasuh kepala:

Berniatlah, “Ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu.” Penjelasannya, panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh kaki kiri:

Berniatlah, Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat.” Penjelasannya, qada’ dan qadar kita di tangan Allah SWT.

Ketika membasuh tangan kanan:

Berniatlah, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.” Penjelasannya, ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh telinga:

Berniatlah, “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.” Penjelasannya, setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.

Kewajipan mencegah kemungkaran

Standard

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

[رواه مسلم]

Mafhumnya:

Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya (kuasanya), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”

(Riwayat Muslim)

Niat baik dan buruk

Standard

Daripada lbnu ‘Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadith ini).

———Hadith riwayat Bukhari dan Muslim——————-