10 CIRI YANG HARUS ADA PADA PERIBADI MUSLIM

Standard

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada kedua-duanya ada yang baik. Dan orang mukmin yang kuat, bercahaya pada hati dengan nur yakin.”

Sabda Nabi Muhammad SAW ini menyuntik semangat agar umat Islam membina kekuatan, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Para ulama telah menggariskan ciri-ciri yang harus ada dalam peribadi Muslim agar mereka dapat menjadi Muslim yang kuat. Antaranya:

  • Mempunyai AKIDAH yang bersih
  • Beramal dengan IBADAH yang benar
  • Memiliki AKHLAK yang baik
  • Kekuatan JASMANI
  • Mempunyai daya INTELEK dalam berfikir
  • Sentiasa berjuang MELAWAN HAWA NAFSU
  • Pandai MENGURUS WAKTU
  • Bijak membuat PERANCANGAN dalam sesuatu urusan
  • Mampu BERUSAHA sendiri
  • BERMANFAAT bagi orang lain

 

Sumber : 101 SHORT-CUT KE SYURGA oleh UTUSAN KARYA SDN. BHD

Quotes

Tingkatan zikir menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah

Standard
  1. Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. hati akan lebih lagi menikmati.
  2. Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidak merasai.
  3. Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan mersai.
  4. berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.

Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t. menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia??

CIRI-CIRI ILMU YANG BENAR

Standard

Ilmu yang benar akan menjadikan kita manusia yang bertakwa dan beriman kepada Allah SWT.

  1. Ilmu yang dapat memantapan iman
  2. Ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan
  3. Ilmu yang membentuk akhlak dan sifat terpuji
  4. Ilmu yang dapat membangunkan kehidupan menusia seperti perubatan dan teknologi maklumat
  5. Ilmu yang boleh tingkatkan martabat umat Islam

Golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat

Standard

Terdapat 7 golongan yang akan menjadi VIP Allah di akhirat kelak. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka.

  1. Imam / Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
  3. Orang yang hatinya tergantung pada masjid
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Bertemu dan berpisah kerana Allah
  5. Orang lelaki yang diinginkan wanita dan mengajaknya untuk membuat maksiat lalu berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah
  6. Memberi sedekah yang menyembunyikan.
  7. Orang yang mengingati Allah dalam keadaan sunyi, kemudian mengalir air mata dari kedua-dua matanya.

Kesan-kesan maksiat

Standard

Maksiat mendatangkan akibat yang boleh merosakkan masa depan dan maruah diri, masyarakat, negara. Berikut merupakan kesan dan akibat jika kita melakukan maksiat:

  1. Allah murka
  2. Akan dibenci orang baik.
  3. Menghalang datangnya rezeki
  4. Penghalang untuk mendapat ilmu
  5. Merasa terasing daripada Allah. –Rasa diri tiada guna
  6. Merasa terasing daripada kawan-kawan.
  7. Hati jadi gelap dan wajah menjadi masam. –Rasa tak de mood
  8. Terhalang untuk buat baik
  9. Hasrat untuk buat maksiat
  10. Melemahkan akal.

Jauhilah maksiat kerana ia akan memberikan ketenangan dan dapat merasai halawatul iman pada diri kita.

images

6 KELEBIHAN BULAN KE- 9

Standard

Bulan kesembilan dalam kelendar Islam, yakni Ramadan, merupakan bulan yang penuh dengan keistimewaan. Di dalamnya Allah s.w.t mempamerkan kasih sayang, rahmat dan keampunan-Nya kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. Sayangnya, ramai di antara kita yang tidak menyedarinya. Marilah kita sama-sama renungkan hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan kelebihan dan keberkatan yang terdapat di dalam bulan Ramadan. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripadanya.

DIAMPUNKAN DOSA-DOSA YANG LALU

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”

DOA YANG MUSTAJAB

Sabda Rasulullah SAW: “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; doa orang yang berpuasa hinggalah berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.”

MENDAPAT PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH

Sabda Rasulullah SAW: “Puasa adalah perisai, sekiranya seseorang berpuasa maka janganlah mengeluarkan perkataan keji, melukan kefasikan dan kejahilan. Seandainya seseorang mencacinya, maka hendaklah ia mengatakan: Aku berpuasa.”

KEGEMBIRAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Sabda Rasulullah SAW: “Bagi orang yang berpuasa, mereka akan beroleh dua kegembiraan; kegembiraan ketika beriftar dan kegembiraan ketika berjumpa Allah s.w.t.”

DIJANJIKAN SYURGA

Sabda Rasulullah s.a.w: “Di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan yang hanya akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak.”

MENDAPAT PAHALA DARI KEBAJIKAN ORANG LAIN

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi walaupun sedikit.”

Oleh yang demikian, rebutlah peluang, carilah kesempatan, untuk sama-sama beramal di dalam bulan Ramadan kali ini agar segala kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dapat kita nikmati dan kecapi bersama di dunia dan akhirat

Qiamullail - Tahajud

SUMBER : MAJALAH IMAN ISU NO. 06