Siapa orang yang pertama dalam Islam? (Bhg. 2)

Standard

16. Orang pertama melaungkan azan:

Bilal bin Rabah

17. Orang pertama solat dengan Rasulullah:

Ali Bin Abi Talib

18. Orang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah:

Zubair bin al-Awwam

19. Orang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW:

Tamim ad-Dary

20. Orang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW:

Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang pertama beriman dengan Nabi:

Khadijah binti Khuwailid

22. Orang pertama mengasaskan usul fiqah:

Imam Syafi’e (Muhammad bin Idris al-Syafie)

kitab fiqh imam syafie

23. Orang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Talib

24. Orang pertama menjadi raja dalam Islam:

Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang pertama membuat perpustakaan awam:

Harun ar-Rasyid (Khalifah Abbasiah ke-5)

26. Orang pertama mengadakan Baitul-Mal:

Khalifah Umar al-Khattab

27. Orang pertama menghafal al-Quran selepas Rasulullah:

Ali bin Abi Talib

28. Orang pertama membina menara masjidil Haram Mekah:

Khalifah Abu Ja’far al-Al-Mansur (Abu Ja’far Abdallah ibn Muhammad al-Mansur, Khalifah Abbasiyah ke-2)

29. Orang pertama digelar al-Muqry:

Mus’ab bin Umair

30. Orang pertama masuk ke dalam syurga:

Nabi Muhammad SAW

mujahid

Advertisements

Siapa orang yang pertama dalam Islam? (Bhg. 1)

Standard

1. Orang pertama menulis بسم الله الرحمن الرحيم (Bismillahirrahmanirrahim):

Nabi Sulaiman a.s

2. Orang pertama minum air zamzam:

Nabi Ismail a.s (Anak Nabi Ibrahim)

3. Orang pertama berkhatan:

Nabi Ibrahim a.s

4. Orang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat:

Nabi Ibrahim a.s

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari kiamat:

Nabi Adam a.s

6. Orang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah:

Sayyidatina Hajar (Isteri Nabi Ibrahim)

7. Orang pertama dibangkitkan pada hari kiamat:

Nabi Muhammad SAW

8.Orang pertama menjadi khalifah Islam:

Abu Bakar as-Siddiq

9. Orang pertama menggunakan tarikh Hijrah:

Umar bin al-Khattab

10. Orang pertama meletakkan jawatan khalifah:

Al-Hasan bin Ali r.a.

11. Orang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW:

Thuwaibah r.a

12. Orang pertama mati syahid:

Sumayyah binti Khabbat

13. Orang pertama mati syahid dalam kalangan lelaki:

Al-Harith bin Abi Halah

14. Orang pertama menulis hadis di dalam kitab/lembaran:

Abdullah bin Amru bin al-Ash

15. Orang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah:

Saad bin Abi Waqas

Memanah-bagus-untuk-otak

Perang Rasulullah

Standard

 

PRINSIP DAN ETIKA PERANG NABI

  1. Tidak memulakan peperangan dahulu.
  2. Tidak memaksa tawanan memeluk Islam.
  3. Tidak melakukan tindakan merosakkan rumah, tanaman, membunuh binatang dan harta awam.
  4. Tidak membunuh dan memerangi golongan yang lemah (kanak-kanak, wanita, orang kurang upaya dan orang tua)
  5. Memberi pilihan kepada musuh sama ada mahu memeluk Islam atau berdamai dan membayar jizyah (cukai keselamatan)
  6. Tidak mencederakan (mengelar atau mengerat) musuh yang terbunuh.

STRATEGI PERANG NABI

  1. Musyawarah dan perancangan teliti.
  2. Persediaan awal.
  3. Doa dan pengharapan kepada Allah.
  4. Pemilihan panglima yang terbaik.
  5. Kekuatan iman dan rohani.
  6. Mempunyai unit perisik.
  7. Kerahsiaan dan diplomasi.

SEBAB KEIZINAN PERANG

  1. Kezaliman Musyrikin dan permusuhan mereka terhadap Muslimin.
  2. Penentangan Quraisy terhadap keimanan Islam.
  3. Menjamin keselamatan golongan Muslimin.
  4. Golongan Musyrikin merampas harta, tempat tinggal dan menceroboh rumah Rasulullah.

INFO TAMBAHAN

  • Jumlah peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah sebanyak 27 peperangan.
  • Manakala angkatan perang yang diketuai oleh para sahabat atas arahan Rasulullah sebanyak 60 peperangan.

 

Sumber: Majalah Gen-Q, isu no.35

Dialog antara Allah dengan hamba-Nya (Surah Al-Fatihah)

Standard

MEMBACA al-Fatihah adalah satu daripada rukun-rukun solat. Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku bahagikan solat antaraKu dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya…”

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

 Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik : Hamba-Ku telah memuji-Ku

Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan. 

Khalik : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik : Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba : (Iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan)  mereka yang sesat.

Khalik : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM, AL-TARMIZI DAN NASA’I)

SOLAT

Sumber : Majalah Solusi

DUA HAL PALING KECIL.

Standard

Ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjadi Amirul Mukminin, telah datang kepadanya beberapa utusan Hijaz. Salah seorang daripadanya terdapat seorang pemuda yang paling muda usianya. Umar berkata kepadanya: “Wahai pemuda saya berharap yang menjadi juru bicara adalah orang yang lebih tua umurnya darimu.”

Mendengar ucapan seperti itu, pemuda tersebut berdiri dan berkata:

“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya seseorang itu dinilai dengan dua hal yang paling kecil padanya, iaitu hati dan lisannya. Jika Allah telah menjaga hatinya (daripada maksiat) dan memberikannya lisan yang baik (sopan), maka dia berhak untuk berbicara. Dan seandainya segala perkara dinilai dengan usia seseorang, maka yang berhak untuk duduk di dalam jabatanmu adalah orang yang lebih tua darimu.”

Menengar ucapan tersebut, terkejutlah Umar atas kebenaran yang dikemukan oleh pemuda itu.

SUMBER : MAJALAH IMAN NO.11

Muat turun kisah ini, klik pada link ni> https://drive.google.com/file/d/0B4V9jmHR9MSsYzJfU01DaTVkU3c/edit?usp=sharing

3 perkara yang menimbulkan kasih sayang rakan.

Standard

Rajah

KATA Umar Ibnu al-Khattab r.a, tiga perkara akan menimbulkan kasih sayang kawan kepadamu iaitu:

1. Memberi salam kepadanya apabila bertemu.

2. Meluaskan tempat duduk untuknya dalam sesuatu majlis.

3. Memanggilnya dengan nama baik yang disukainya.

SUMBER : Majalah Iman, Bil no. 11

Muat turun tazkirah ini, klik link ini         https://drive.google.com/file/d/0B4V9jmHR9MSsenpkaURKbkdBUXc/edit?usp=sharing