FADHILAT DAN KELEBIHAN MAULID

Standard

Al-Imam Ibnul Jauzi r.a. berkata:

“Antara kelebihannya adalah:

  • Keamanan sepanjang tahun
  • Akan tertunai segala hajat

Sultan al-’Arifin Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti r.a., di dalam kitabnya, Al-Wasa’il Fi Syarhi Asy-Syama’il berkata:

“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan Maulid Nabi Muhammad SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah.

Sesungguhnya malaikat-malaikat…

Ø Al-Mutawwaqun bin-nur (Yang berkalungkan cahaya iaitu Jibrail, Mika’il, Israfil, Qirba’il dan Ina’il),

Ø As-Soffun (Malaikat yang berbaris-baris)

Ø Al-Haffun (Malaikat-malaikat yang mengililingi arasy) dan

Ø Al-Kurubiyyun (Malaikat-malaikat yang menolong orang yang dalam kesusahan)

…akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW.

Rumah orang Islam yang dibacakan Maulid Nabi SAW di dalamnya akan dihindarkan oleh Allah daripada penghuninya:

  1. Kemarau
  2. Wabak penyakit berjangkit
  3. Kebakaran
  4. Penyakit
  5. Bala bencana
  6. Kebencian
  7. Kedengkian
  8. Pandangan mata yang jahat
  9. Kecurian
  10. Jika dia meninggal dunia, maka akan dimudahkan baginya untuk menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir.
  11. Dan kelak, dia akan berada di tempat yang utama di syurga, di sisi Allah, Maharaja yang Maha Berkuasa.”

Rujukan: I’naah At-Tolibin (Al-’Allamah Al-Bakri Muhammad Syatha r.a.)

Advertisements

10 CIRI YANG HARUS ADA PADA PERIBADI MUSLIM

Standard

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada kedua-duanya ada yang baik. Dan orang mukmin yang kuat, bercahaya pada hati dengan nur yakin.”

Sabda Nabi Muhammad SAW ini menyuntik semangat agar umat Islam membina kekuatan, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Para ulama telah menggariskan ciri-ciri yang harus ada dalam peribadi Muslim agar mereka dapat menjadi Muslim yang kuat. Antaranya:

  • Mempunyai AKIDAH yang bersih
  • Beramal dengan IBADAH yang benar
  • Memiliki AKHLAK yang baik
  • Kekuatan JASMANI
  • Mempunyai daya INTELEK dalam berfikir
  • Sentiasa berjuang MELAWAN HAWA NAFSU
  • Pandai MENGURUS WAKTU
  • Bijak membuat PERANCANGAN dalam sesuatu urusan
  • Mampu BERUSAHA sendiri
  • BERMANFAAT bagi orang lain

 

Sumber : 101 SHORT-CUT KE SYURGA oleh UTUSAN KARYA SDN. BHD

Quotes

6 SEBAB DIBENARKAN MENGUMPAT

Standard

Mengumpat dibenarkan apabila bertujuan baik dalam pandangan agama dan terpaksa melakukan. Ia merangkumi enam sebab:

  1. Mengumpat orang yang zalim. Orang yang dianiaya boleh mengadu kepada pemerintah, hakim atau pihak berkuasa lain yang mampu mengubah perbuatan zalim pelakunya.

  2. Mengumpat bagi meminta bantuan supaya mengubah perbuatan jahat seseorang supaya kembali ke pangkal jalan. Tujuan mengumpat untuk menghentikan perbuatan dosa, jika bukan itu niatnya, hukum mengumpat adalah haram.

  3. Mengumpat kerana ingin meminta fatwa iaitu bertanya mengenai hukum agama. Bagaimanapun, lebih baik tidak disebut nama pihak yang diumpat, tetapi memberitahu secara umum perbuatan tidak baik yang dilakukannya.

  4. Mengumpat bagi mengingatkan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap kejahatan seseorang. Contohnya, memberitahu seseorang mengenai bakal suami atau isteri atau rakan perniagaan bagi mengelak berlaku perkara yang tidak baik.

  5. Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kejahatan seperti meminum arak, lintah darat atau yang mengeluarkan perintah melakukan kejahatan.

  6. Memperkenalkan seseorang yang dikenali dengan nama tertentu seperti Si Rabun, Si Tempang atau Si Pekak. Namun, sebaiknya diperkenalkan dengan nama yang lebih baik.

Wallahua’lam..

Apa yang saya perlukan untuk penuhkan hidup ini?

Standard

Assalamualaikum semua,

Apa yang kita kena ingat adalah jaga hubungan kita dengan Allah, cinta akan Allah. Camne ye nak tunjukkan rasa cinta kita kat Allah? Haa, camni caranya, kita kena ikut sunnah Rasulullah. Check out ayat ni,

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ {31}3

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nampak tak? Allah kata kalau kita semua ikut Nabi Muhammad, Allah bukan sahaja balas cinta kita pada Allah tetapi Allah juga akan ampunkan dosa kita. Nampak tak kasih sayang dan sifat pengampun Allah?

Nak dekatkan diri kat Allah, cuba bangun untuk solat tahajjud. Paling malas 2 rakaat, sertakan dengan doa. Ingat doa pada waktu malam time semua orang tido adalah time waktu mustajab untuk berdoa, doa tu direct terus sampai kat Allah.

Solat sunat qabliyah sebelum subuh, lebih bernilai daripada seisi dunia.

Solat subuh dan isyak berjemaah. Sama macam kita beribadah sepanjang malam. Korbankanlah sikit masa korang tu untuk pergi masjid. Saya pun x de lah perfect sangat, tapi at least try la, lawan nafsu tido korang tu.

Semua solat berjemaah kalau boleh. Fadhilat 27 kali ganda.

Zikir pagi & petang, Tasbih, istighfar, selawat. InsyaAllah Allah akan buka jalan keluar bagi kesusahan korang dan bagi rezeki yang tak terlintas pun kat korang. Selawat 100 kali sehari, InsyaAllah Allah akan permudahkan korang untuk bertemu jodoh dan Allah akan ampunkan dosa kecil korang sekaligus korang akan dpt syafaat daripada nabi time akhirat nanti.

Baca yasin. semua urusan korang dipermudahkan pada hari tu. Masalah selesai.

Solat dhuha sekurang-kurangnya 4 rakaat. Rezeki diberkati dan dilancarkan.

Doa untuk ibu bapa yang penat menjaga dan melayan segala kerenah kita.

Solat sunat witir, semua ibadah akan sampai pada Allah dalam keadaan tersusun.

Baca al-Waqiah lepas Asar, tak akan kebulur.

As-Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur, peneman kita dalam kubur.

dan doa untuk kawan-kawan senyap2 tanpa pengetahuan diorang. Malaikat akan doakan sekali sama dgn doa korang kat kawan. Nak dipendekkan cerita, what goes around come around. Sebenarnya penting korang doa kat kawan dan doa kawan kat korang.

Tu jelah untuk saya share time ni, semoga nasihat dan tazkirah ni bermanfaat kat korang. Bagitau kat orang lain, korang akan dapat pahala sebab kembangkan dakwah agama Allah.

Lagi satu, kalau saya ada tersalah silap dalam artikel ni (dan lain-lain gak), jangan lupa komen or emel saya (iqmal3@outlook.com). Tak semua orang perfect kan.

Assalamualaikum.

Ingatan untuk korang

Tingkatan zikir menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah

Standard
  1. Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. hati akan lebih lagi menikmati.
  2. Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidak merasai.
  3. Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan mersai.
  4. berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.

Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t. menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia??

PANTANG LARANG SEMASA IHRAM HAJI DAN UMRAH

Standard
  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah naungan pokok atau payung.
  • Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju, sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
  • Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
  • Memakai sarung tangan
  • Memakai bau-bauan samada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung
  • Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
  • Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan
  • Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya.
  • Mengerat, menebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
  • Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, samada dengan cara membunuh, memukul, menjerat, menangkap atau dengan apa-apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya
  • Bersetubuh atau berjimak
  • Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, berkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
  • Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

Gambar baitullah pada waktu malam