10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

Standard

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau apa jua keadaan.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong hanyalah sia-sia.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak bermain-main melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkindan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Hasan al-Banna potrait

Sumber: Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah

Advertisements

CARA TINGKATKAN IMAN

Standard
  1. Mohon doa kepada Allah.
  2. Beramal sedikit demi sedikit, dan kemudian menambahnya.
  3. Jangan tinggalkan al-Quran, dan fikirkan maksud firman-firman Allah s.w.t.
  4. Bawa hati dari mencintai dunia kepada mencintai akhirat.
  5. Cari ilmu dan lazimkanlah diri menghadiri majis-majlis mengingati Allah.
  6. Memaksa diri melakukan ketaatan dan kebaikan.
  7. Mengingati mati dan kubur. Sedarlah satu hati nanti kita akan berada di hadapan Allah s.w.t.

Muhasabahlah diri kita dan sentiasa mengingati Allah SWT.