10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

Standard

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau apa jua keadaan.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong hanyalah sia-sia.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak bermain-main melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkindan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Hasan al-Banna potrait

Sumber: Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah

Tingkatan zikir menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah

Standard
  1. Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. hati akan lebih lagi menikmati.
  2. Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidak merasai.
  3. Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan mersai.
  4. berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.

Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t. menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia??

Adab dengan al-Quran

Standard
  • Ikhlaskan niat kerana Allah
  • Membaca Istiazah
  • Membaca Basmalah
  • Membersihkan mulut (bersiwak, bersugi)
  • Memakai pakaian yang bersih lagi suci
  • Membaca dalam keadaan berwudhuk
  • Membaca dengan tartil (bertajwid)

Firman Allah,

ورتل القران ترتيلا

Maksudnya, …Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil (perlahan-lahan). Surah Qaf:4

  • Tadabbur, baca dengan khusyuk.
  • Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam.
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

PANTANG LARANG SEMASA IHRAM HAJI DAN UMRAH

Standard
  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memakai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah naungan pokok atau payung.
  • Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju, sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
  • Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
  • Memakai sarung tangan
  • Memakai bau-bauan samada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedutnya ke dalam hidung
  • Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
  • Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan
  • Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya.
  • Mengerat, menebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
  • Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, samada dengan cara membunuh, memukul, menjerat, menangkap atau dengan apa-apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya
  • Bersetubuh atau berjimak
  • Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, berkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
  • Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

Gambar baitullah pada waktu malam

Tip untuk menjadi anak soleh

Standard

Berikut dicadangkan beberapa tip untuk menjadi anak yang solah:

  1. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah Allah SWT.
  2. Mencontohi akhlak nabi dan rasul.
  3. Menyedari bahawa tiada ibu bapa yang mahukan keburukan buat anaknya.
  4. Patuhi perintah ibu bapa.
  5. Berbuat baik kepada kerabat dan rakan ibu bapa yang telah meninggal dunia.
  6. Berdoa kepada kedua-dua ibu bapa.
  7. Berbakti dan berkhidmat kepada ibu dan bapa.