Tips Menghafal al-Quran

Standard

1. Niat kerana ALLAH.

2. Istighfar – Dosa penghalang utama hafal Quran.

3. Doa – Mohon bantuan ALLAH.

4. 0% Maksiat – Jaga perbuatan, lisan dan hati. related: https://ingatdakwah.wordpress.com/2015/10/17/kesan-kesan-maksiat/

5. Naskah Quran – Gunakan naskah yang sama bagi elak keliru kedudukan dan susunan ayat.

6. Resm Uthmani – Tanda baca yang seragam dan mudah diingati, dapat mengelakkan daripada kesalahan tajwid.

7. Kelancaran – Pastikan lancar bacaan sebelum mula hafal.

8. Waktu – Waktu sesuai untuk menghafal & muroja’ah (sentiasa mengulang-ulang bacaannya & memperbaiki bacaannya).

9. Tertib – selepas lancar ayat pertama baru pindah seterusnya.

10. Tajwid – ulang baca banyak kali dengan tajwid yang lebih tepat.

11. Makanan – Makanan manisan seperti madu, kurma kuatkan ingatan.

12. Naqib/Fasi – semak kelancaran & tajwid.

13. Amalan – Jadikan ayat yang dihafal bacaan dalam solat, sentiasa istiqamah kerana apabila kita meninggalkan al-Quran maka al-Quran akan meninggalkan kita.

14. Zikir/Nasyid – jadikan ayat yang dihafal zikir pada masa lapang, juga dengar bacaan daripada qari-qari terkenal.

Riwayat bukhari

Adab dengan al-Quran

Standard
  • Ikhlaskan niat kerana Allah
  • Membaca Istiazah
  • Membaca Basmalah
  • Membersihkan mulut (bersiwak, bersugi)
  • Memakai pakaian yang bersih lagi suci
  • Membaca dalam keadaan berwudhuk
  • Membaca dengan tartil (bertajwid)

Firman Allah,

ورتل القران ترتيلا

Maksudnya, …Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil (perlahan-lahan). Surah Qaf:4

  • Tadabbur, baca dengan khusyuk.
  • Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam.
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Dialog antara Allah dengan hamba-Nya (Surah Al-Fatihah)

Standard

MEMBACA al-Fatihah adalah satu daripada rukun-rukun solat. Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku bahagikan solat antaraKu dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya…”

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

 Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik : Hamba-Ku telah memuji-Ku

Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan. 

Khalik : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik : Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba : (Iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan)  mereka yang sesat.

Khalik : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM, AL-TARMIZI DAN NASA’I)

SOLAT

Sumber : Majalah Solusi

Mukjizat al-Quran

Standard
  1. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w..
  2. Isi kandungan Al-Quran terpelihara daripada sebarang penyelongan sehingga Hari Qiamat.
  3. Al-Quran memansuhkan syariat-syariat yang terdapat dalam kitab-kitab sebelumnya.
  4. Syariat di dalam Al-Quran syumul dan lengkap, sesuai untuk semua manusia di alam ini.
  5. Al-Quran menjadi penawar dan ubat kepada penyakit.
  6. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat.
  7. Bahasa Al-Quran adalah Bahasa Arab yang digunapakai sepanjang masa di seluruh dunia dan menjadi Bahasa Syurga. 
  8. Gaya bahasa Al-Quran sangat indah dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana penyair Arab sekalipun.