Dialog antara Allah dengan hamba-Nya (Surah Al-Fatihah)

Standard

MEMBACA al-Fatihah adalah satu daripada rukun-rukun solat. Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣)مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku bahagikan solat antaraKu dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya…”

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

 Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik : Hamba-Ku telah memuji-Ku

Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan. 

Khalik : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik : Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba : (Iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan)  mereka yang sesat.

Khalik : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

(DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM, AL-TARMIZI DAN NASA’I)

SOLAT

Sumber : Majalah Solusi