6 SEBAB DIBENARKAN MENGUMPAT

Standard

Mengumpat dibenarkan apabila bertujuan baik dalam pandangan agama dan terpaksa melakukan. Ia merangkumi enam sebab:

  1. Mengumpat orang yang zalim. Orang yang dianiaya boleh mengadu kepada pemerintah, hakim atau pihak berkuasa lain yang mampu mengubah perbuatan zalim pelakunya.

  2. Mengumpat bagi meminta bantuan supaya mengubah perbuatan jahat seseorang supaya kembali ke pangkal jalan. Tujuan mengumpat untuk menghentikan perbuatan dosa, jika bukan itu niatnya, hukum mengumpat adalah haram.

  3. Mengumpat kerana ingin meminta fatwa iaitu bertanya mengenai hukum agama. Bagaimanapun, lebih baik tidak disebut nama pihak yang diumpat, tetapi memberitahu secara umum perbuatan tidak baik yang dilakukannya.

  4. Mengumpat bagi mengingatkan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap kejahatan seseorang. Contohnya, memberitahu seseorang mengenai bakal suami atau isteri atau rakan perniagaan bagi mengelak berlaku perkara yang tidak baik.

  5. Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kejahatan seperti meminum arak, lintah darat atau yang mengeluarkan perintah melakukan kejahatan.

  6. Memperkenalkan seseorang yang dikenali dengan nama tertentu seperti Si Rabun, Si Tempang atau Si Pekak. Namun, sebaiknya diperkenalkan dengan nama yang lebih baik.

Wallahua’lam..

Advertisements

Kesan-kesan maksiat

Standard

Maksiat mendatangkan akibat yang boleh merosakkan masa depan dan maruah diri, masyarakat, negara. Berikut merupakan kesan dan akibat jika kita melakukan maksiat:

  1. Allah murka
  2. Akan dibenci orang baik.
  3. Menghalang datangnya rezeki
  4. Penghalang untuk mendapat ilmu
  5. Merasa terasing daripada Allah. –Rasa diri tiada guna
  6. Merasa terasing daripada kawan-kawan.
  7. Hati jadi gelap dan wajah menjadi masam. –Rasa tak de mood
  8. Terhalang untuk buat baik
  9. Hasrat untuk buat maksiat
  10. Melemahkan akal.

Jauhilah maksiat kerana ia akan memberikan ketenangan dan dapat merasai halawatul iman pada diri kita.

images

11 Kelebihan Istighfar

Standard
  1. Diampunkan dosa oleh Allah SWT.
  2. Dimakbulkan permintaan & hajat.
  3. Bertambah kekuatan
  4. Mudah mendapat zuriat.
  5. Menyembuhkan penyakit.
  6. Menyejukan hati suami/isteri yang sedang marah.
  7. Dijauhkan dari azab dan bala.
  8. Ditambah nikmat & kekayaan.
  9. Memberatkan timbangan akhirat & diangkat ke syurga.
  10. Penyelesaian setiap permasalahan, jalan keluar dari kesusahan dan kesedihan.
  11. Menggembirakan dan dicintai Allah.