7 NAMA LAIN BAGI AL-FATIHAH

Standard

1. Al-Fatihah (pembukaan)
2. Ummul Kitab (penghulu al-Quran)
3. Al-Hamdu (Segala puji-pujian)
4. Sab’u Mathani (7 pujian)
5. Syifa’ (penyembuh)
6. Al-Kalzu (perbendaharaan)
7. Al-‘Azim (keagungan)

AL-FATIHAH BEAUTIFUL QUOTES

Advertisements

Ganjaran berwuduk serta niat

Standard

RASULULLAH SAW bersabda : “Barangsiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya.” (HR Muslim)

Ketika berkumur:

Berniatlah, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.” Penjelasannya, setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan, semoga kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.

Ketika membasuh tangan kiri:

Berniatlah, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kiriku ini.” Penjelasannya, ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

Ketika membasuh kaki kanan:

Berniatlah, Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim.” Penjelasannya, ahli syurga melintasi titian Sirat dengan pantas sekali.

Ketika membasuh muka:

Berniatlah, “Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.” penjelasannya, ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

Ketika membasuh kepala:

Berniatlah, “Ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu.” Penjelasannya, panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh kaki kiri:

Berniatlah, Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat.” Penjelasannya, qada’ dan qadar kita di tangan Allah SWT.

Ketika membasuh tangan kanan:

Berniatlah, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.” Penjelasannya, ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh telinga:

Berniatlah, “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.” Penjelasannya, setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.

Kewajipan berdakwah

Standard

Hukum berdakwah tu WAJIB. Sebabnya kalau kita tak berdakwah ataupun mengajak orang buat kebaikan dan tinggalkan benda jahat, ada ke org yang nak buat baik, atau berubah jadi baik. Majoriti tak de kan.

Sebab tu ada ulama’ cakap yg dakwah ni umpama basuh baju, bila baju bersih, tangan kita akan bersih dulu. Tapi kalau baju tu tak bersih sebab terlalu kotor, tetap tangan kita akan bersih. Maksudnya bila kita mengajak atau menyuruh orang buat kebaikan, kita akan berubah walaupun orang tak berubah.

Hadis Rasulullah SAW

Standard
Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

 

                                                                                                       Hadith riwayat Bukhari.

Pahala bagi setiap huruf

Standard

Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa setiap orang yang membaca al-Quran dalam sembahyang, akan mendapat pahala 50 kebajikan untuk setiap huruf yang diucapkan, membaca al-Quran di luar sembahyang dengan berwuduk, pahalanya 25 kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkan, dan membaca al-Quran di luar sembahyang dengan tidak berwuduk, pahalanya 10 kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkan.

#Majalah Iman

10 kelebihan membaca al-Quran:https://drive.google.com/file/d/0B4V9jmHR9MSsTjBSM09GTXNLSEk/edit?usp=sharing