FADHILAT DAN KELEBIHAN MAULID

Standard

Al-Imam Ibnul Jauzi r.a. berkata:

“Antara kelebihannya adalah:

  • Keamanan sepanjang tahun
  • Akan tertunai segala hajat

Sultan al-’Arifin Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti r.a., di dalam kitabnya, Al-Wasa’il Fi Syarhi Asy-Syama’il berkata:

“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan Maulid Nabi Muhammad SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah.

Sesungguhnya malaikat-malaikat…

Ø Al-Mutawwaqun bin-nur (Yang berkalungkan cahaya iaitu Jibrail, Mika’il, Israfil, Qirba’il dan Ina’il),

Ø As-Soffun (Malaikat yang berbaris-baris)

Ø Al-Haffun (Malaikat-malaikat yang mengililingi arasy) dan

Ø Al-Kurubiyyun (Malaikat-malaikat yang menolong orang yang dalam kesusahan)

…akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW.

Rumah orang Islam yang dibacakan Maulid Nabi SAW di dalamnya akan dihindarkan oleh Allah daripada penghuninya:

  1. Kemarau
  2. Wabak penyakit berjangkit
  3. Kebakaran
  4. Penyakit
  5. Bala bencana
  6. Kebencian
  7. Kedengkian
  8. Pandangan mata yang jahat
  9. Kecurian
  10. Jika dia meninggal dunia, maka akan dimudahkan baginya untuk menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir.
  11. Dan kelak, dia akan berada di tempat yang utama di syurga, di sisi Allah, Maharaja yang Maha Berkuasa.”

Rujukan: I’naah At-Tolibin (Al-’Allamah Al-Bakri Muhammad Syatha r.a.)

Advertisements

11 Kelebihan Istighfar

Standard
  1. Diampunkan dosa oleh Allah SWT.
  2. Dimakbulkan permintaan & hajat.
  3. Bertambah kekuatan
  4. Mudah mendapat zuriat.
  5. Menyembuhkan penyakit.
  6. Menyejukan hati suami/isteri yang sedang marah.
  7. Dijauhkan dari azab dan bala.
  8. Ditambah nikmat & kekayaan.
  9. Memberatkan timbangan akhirat & diangkat ke syurga.
  10. Penyelesaian setiap permasalahan, jalan keluar dari kesusahan dan kesedihan.
  11. Menggembirakan dan dicintai Allah.