Apa yang saya perlukan untuk penuhkan hidup ini?

Standard

Assalamualaikum semua,

Apa yang kita kena ingat adalah jaga hubungan kita dengan Allah, cinta akan Allah. Camne ye nak tunjukkan rasa cinta kita kat Allah? Haa, camni caranya, kita kena ikut sunnah Rasulullah. Check out ayat ni,

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ {31}3

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nampak tak? Allah kata kalau kita semua ikut Nabi Muhammad, Allah bukan sahaja balas cinta kita pada Allah tetapi Allah juga akan ampunkan dosa kita. Nampak tak kasih sayang dan sifat pengampun Allah?

Nak dekatkan diri kat Allah, cuba bangun untuk solat tahajjud. Paling malas 2 rakaat, sertakan dengan doa. Ingat doa pada waktu malam time semua orang tido adalah time waktu mustajab untuk berdoa, doa tu direct terus sampai kat Allah.

Solat sunat qabliyah sebelum subuh, lebih bernilai daripada seisi dunia.

Solat subuh dan isyak berjemaah. Sama macam kita beribadah sepanjang malam. Korbankanlah sikit masa korang tu untuk pergi masjid. Saya pun x de lah perfect sangat, tapi at least try la, lawan nafsu tido korang tu.

Semua solat berjemaah kalau boleh. Fadhilat 27 kali ganda.

Zikir pagi & petang, Tasbih, istighfar, selawat. InsyaAllah Allah akan buka jalan keluar bagi kesusahan korang dan bagi rezeki yang tak terlintas pun kat korang. Selawat 100 kali sehari, InsyaAllah Allah akan permudahkan korang untuk bertemu jodoh dan Allah akan ampunkan dosa kecil korang sekaligus korang akan dpt syafaat daripada nabi time akhirat nanti.

Baca yasin. semua urusan korang dipermudahkan pada hari tu. Masalah selesai.

Solat dhuha sekurang-kurangnya 4 rakaat. Rezeki diberkati dan dilancarkan.

Doa untuk ibu bapa yang penat menjaga dan melayan segala kerenah kita.

Solat sunat witir, semua ibadah akan sampai pada Allah dalam keadaan tersusun.

Baca al-Waqiah lepas Asar, tak akan kebulur.

As-Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur, peneman kita dalam kubur.

dan doa untuk kawan-kawan senyap2 tanpa pengetahuan diorang. Malaikat akan doakan sekali sama dgn doa korang kat kawan. Nak dipendekkan cerita, what goes around come around. Sebenarnya penting korang doa kat kawan dan doa kawan kat korang.

Tu jelah untuk saya share time ni, semoga nasihat dan tazkirah ni bermanfaat kat korang. Bagitau kat orang lain, korang akan dapat pahala sebab kembangkan dakwah agama Allah.

Lagi satu, kalau saya ada tersalah silap dalam artikel ni (dan lain-lain gak), jangan lupa komen or emel saya (iqmal3@outlook.com). Tak semua orang perfect kan.

Assalamualaikum.

Ingatan untuk korang

Adab dengan al-Quran

Standard
  • Ikhlaskan niat kerana Allah
  • Membaca Istiazah
  • Membaca Basmalah
  • Membersihkan mulut (bersiwak, bersugi)
  • Memakai pakaian yang bersih lagi suci
  • Membaca dalam keadaan berwudhuk
  • Membaca dengan tartil (bertajwid)

Firman Allah,

ورتل القران ترتيلا

Maksudnya, …Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil (perlahan-lahan). Surah Qaf:4

  • Tadabbur, baca dengan khusyuk.
  • Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam.
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Ganjaran berwuduk serta niat

Standard

RASULULLAH SAW bersabda : “Barangsiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya.” (HR Muslim)

Ketika berkumur:

Berniatlah, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.” Penjelasannya, setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan, semoga kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.

Ketika membasuh tangan kiri:

Berniatlah, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kiriku ini.” Penjelasannya, ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

Ketika membasuh kaki kanan:

Berniatlah, Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim.” Penjelasannya, ahli syurga melintasi titian Sirat dengan pantas sekali.

Ketika membasuh muka:

Berniatlah, “Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini.” penjelasannya, ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

Ketika membasuh kepala:

Berniatlah, “Ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu.” Penjelasannya, panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh kaki kiri:

Berniatlah, Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat.” Penjelasannya, qada’ dan qadar kita di tangan Allah SWT.

Ketika membasuh tangan kanan:

Berniatlah, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.” Penjelasannya, ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh telinga:

Berniatlah, “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.” Penjelasannya, setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.

Hadis Rasulullah SAW

Standard
Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

 

                                                                                                       Hadith riwayat Bukhari.